BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
ha..welcome2..sila masukk..jangan malu2..jangan segan2..wat la macam blog sendiri ye..hihi..tapi agak-agak laa..terima kasih sebab sudi datang and jengukk blog saya yang tak seberapa nie..enjoy the post oke..assalamualaikum..

setinggi-tinggi penghargaan.. >ceewahhh

salam.. yo.. wass up.. pew kabo? cer ade baek? aku sebenarnye mengalu-alukan kedatangan kome ke blog aku yang tak seberapa nie.. just view and jemput laa bace sume cite n post aku yang agak merapu..haha... maklumlah.. aku bukannya pandai berblogging nie.. blog aku nie pon bukannya perfect macam blog korang.. ade warne purple jew banyak.. hoho.. maklum lah, peminat fanatik bagi warna purple lahh katakan.. akhir kata, pape pon.. view je laa blog aku.. tak kesah.. nak komen or taknak kew ikot kome laa.. hope kome enjoy laa yew...

BESTFRIEND yang aku sayang :)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

hanya KAWAN ...

hanya KAWAN ...
raja , dyah ..

Monday, 27 June 2011

Tanda Lelaki Sayang kita.

Apabila seorang lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba menjadi selembut kapas. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yang dilakukan lelaki untuk mu itu.

Sekiranya kamu menyedari teman lelaki kamu sentiasa bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kamu dengan rela hati, nyata kamu tidak silap memilih teman hidup. Situasi ini terang-terangan sudah menjelaskan perkara sebenar. Dia bukanlah jenis orang yang berdamping denganmu sekadar suka-suka ataupun untuk mengambil kesempatan,tetapi atas dasar cinta yang sebenar. Betapa beruntungnya kamu.

Selain itu, jika teman lelakimu sentiasa buat hatimu senang dan terhibur, itu tandanya dia inginkan perhubungan yang serius daripada kamu. Sudah tentu dalam sesebuah hubungan kita inginkan sesuatu kenangan yang manis untuk dikenang. Jadi tidak hairanlah lelaki sebegini sentiasa inginkan suasana ceria setiap kali berdampingan dengan orang yang dianggap istimewa dalam hidupnya. Padanya, sudah menjadi tanggungjawabnya untuk membuatkan hati orang yang disayangi sentiasa senang dan terhibur.

Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati. Dia akan sentiasa mengingati orang yang dia sayangi agar hubungan yang terjalin berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Itu tandanya dia amat menyayangi perhubungan di antara kamu. Jadi, terbukalah mendengar nasihatnya.

Cemburu! Satu sikap yang paling tidak disukai oleh kebanyakan insan yang bercinta. Namun jika diamati, cemburu sebenarnya tanda seseorang itu terlalu menyayangi kamu dan tidak mahu hati kamu berubah. Bukan bermaksud dia ingin mengongkong kebebasanmu, tetapi dia cuba mengambil berat setiap apa yang dilakukan oleh kekasihnya pada setiap inci. Jika kamu setia padanya, tidak salahkan dia cemburu asalkan tidak cemburu buta!

Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja. Kalau boleh biarlah ke jinjang pelamin, baru berbaloi!

Kamu pasti pernah melalui situasi di mana teman lelakimu marah dan sentiasa curiga setiap kali kamu bercerita atau berjumpa mengenai lelaki lain di hadapannya. Jangan risau. Bukan bermakna si dia ingin mengongkong perjalanan hidupmu, tetapi risau sekiranya kamu mula berpaling tadah apalagi setelah berjumpa dengan lelaki yang boleh menjadi pencabar terdekatnya. Ini tandanya cintanya begitu mendalam terhadap mu..

Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebihlebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh. Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain. Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.

Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya. Jangan pula kamu sangka manjanya itu mengada-ngada. Bukan senang lelaki sanggup mengubah sikap machonya kepada seorang lelaki yang berperawakan manja. Hanya untuk orang yang disayangi sahaja.

Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu. Si dia akan menjadi orang yang paling rajin dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan kamu senang dan tidak dibebani kerja ataupun masalah. Beruntungnya!
Kamu memberitahunya yang kamu akan ke satu-satu tempat untuk satu jangka masa yang agak lama. Tiba-tiba dia jadi menggelabah dan tidak menentu. Itu tandanya si dia langsung tidak boleh berjauhan darimu dan kamu tidak perlu ragu lagi tentang kesetiaannya.

Sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “you masih sayang i?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.

Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.

Dan pengorbanan paling besar sekal gus menjelaskan lagi betapa si dia menyayangi dirimu apabila teman lelakimu lebih mementingkan diri kamu berbanding dirinya. Apa sahaja yang dilakukan semata-mata untuk mu. Asalkan kamu sentiasa selesa dan berasa selamat setiap kali bersama dirinya. Jadi, HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya.... Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI.





arkitel nie aku pinjam dari page fb 'saya harap awak tau saya still sayangkan awak' .. aku post kat fb sekdar hanya untuk berkongsi dengan korang.. aku tak tau la sama ada kome boley copy daripada blog aku.. sebab artikel nie bukan hak milik aku.. lau nak, elok lah minx kebenaran daripada page fb seperti yang dinyatakan tadi..

kesukaan kite

hoho.. korang ade bende kesukaan kan? aku pun ade gak.. baiklah.. seperti yang kita tahu, (cheh..) bende kesukaan yang paling digemari oleh remaja sekarang ..
                                                         

ialah


ha... btoi tak btoi tak?

mengapa aku mengatakan bahawa DOMOKUN semakin digemari ramai? salah satu sebabnye ialah.. aku view laa profile fb member-member aku dan semuanya menyatakan yang mereka itu adalah peminat DOMOKUN.. bff aku pun dah mulai minat benda gigi tajam ni.. aku idak laa mengutuk aku just tulis ape yang aku nampak..
hope peminat DOMOKUN tak serang aku .. haha.


sape stuju, sila angkat tangan macam dia..

ha.. angkat angkat.. jangan tak angkat.. buat gaya pastu ikot gaye bahsa dia.. dengan cara itu lah yang menunjukkan bahawa anta setuju dengan apa yang dinyatakan saya sebentar tadi.. >cheewaahhh, ayt skema<

okelah.. berbalik pada tajuk post nie.. kesukaan aku.. bukanlah BENDE.. tapi orang.. aku just minat dengan lagu-lagu dia.. korang nak tau kew sape? haa... kene laa tutup mata dulu.. tutup mata!!!... ape??? xnak? hummm.. mjok laa camnie. hoho..

1,2,3
jengjengjeng..!!
awwchakkkk...





ha... nie lah dia.. BRUNO MARS.. lagu dia.. aku suka sangat.. paling aku suka.. count on me.. waaaaaa.... suke nyee...!!! suke sangat.. haha.. aku bukan;ah meng up2 kan dia.. biasa la.. remaja sekarang kan sukakan hiburan.. aku plak.. sukakan lagu dia. so, tak salah lah kalau aku meminati dia..
aku idak laa tau pasal dia nie.. aku cume tau lagu2 dia jew.. tapi, tentang diri dia ade laa amik tau la cikit2.. tak boley amik tau banyak-banyak nanti tersayang aku terlupa plak.. haha..
oke laa..
nie jew post aku ari nie..
next time, 
cite lagi k..
hope enjoyy!!


Friday, 24 June 2011

Luahan Hati Wanita

artikel nie.. aku amik kat fb pages 'saya harap awak tau saya still sayangkan awak'.. aku copy n paste hanya untuk berkongsi dengan kome semua.. sape nak copy and paste daripada blog aku nie, silakan lah.. lagipun, artikel nie aku PINJAM..




Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.

Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda..

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.

Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.

Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.
Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata,
“tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.

Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu
yang terbaik untuk anak2 anda.

Thursday, 23 June 2011

Merajuk?

hey geng.. kome suke takk kalau member-member korang merajuk? humm.. sesetengah orang, kalau kita dah buat salah or silap, maybe laa member kite merajuk kan? tapi la kan.. bile dah pujuk, kita cakap baik-baik and elok-elok dekat member tu, dia tetap senyum jugak kan? hummm.. tapi berbeza dengan member aku sorang nie.. kalau merajuk, bukan main lagi.. kalau dah merajuk tu, memang macam orang gila .. langsung tak pandang, langsung tak cakap, langsung taknak tegur, bila lalu buat derk je..

hahaha.. aku tak tau nie kali ke berapa member aku tu merajuk.. time rehat tadi, on the way nak g kelas arif dengan amira umar.. tetibe pulak dia suh aku pandang belakang.. aku cakap laa kenapa? untuk ape? amira ckp, dyah, pndang je lah.. bile aku pandang.. *tut*tut*tut*tut*.. si tersayang aku.. haha.. aku just 'o' jew.. then, kat luar kelas plak si tersayang tanya ' ayx nak g mne '.. ' nk g jmpe tasya' .. dengan selambe aku jawab.. humm.. bila pke balik, dia kecik ati kew aku tak cakap nak jumpe dia? hummm... tu aku tak sure laa.. time aku cakap ngan tasya, dia nyebok jew kat situ.. kejamnye aku langsong tak layan si tersayang aku tu.. ape nak buat, dia tak cakap apa-apa, so.. hummm...

ok2.. berbalik pada cite member aku merajuk tu.. selalunye, kalau aku datng kat kelas arif tu, confirm si member aku nie, akan datang kat aku and kadang-kadang dia akan ceritakan rutin seharian dia semalam.. humm.. cam tu lahh aku.. jadi tempat mengadu.. aku nie seolah-olah diari dia.. nasib baik la aku setia mendengar cerita dia tu.. kalau kome.. ade nak dengar? tiap-tiap hari beb.. dan aku tak berpeluang langsung untuk ceritakan tentang aku pulak.. kalau aku cerita pun.. takde gunenye.. sebab.. dia takkan dengar and amik tau..

seingat aku, puncanya.. semalam.. dia anta mesej kat aku and bagitau pasal dia mesej dgn ex tersayang dia.. aku balas la.. 'prlu kew unk gtw at ak sume bnde nieh? bkn kew, unk dh ad *penasihat tersayang* unk? urm.. tkpela.,, aku cume nk bgtaw, unk ade ****,, dy ad ****..' dia balas, 'gudnite,cweet dream, bye' .. aku hargai ape yang di wishkan kat aku tu.. haha.. kome nak tau spe yg aku mksodkan *penasihat tersayang* tu? si tersayang aku.. coz, dia kan RAPAT dengan si tersayang aku.. kirenye, luahan hati sesame laa kan.. hummm... nak marah? humm.. sekadar buat-buat tak tau pon dah cukop.. untuk ape nak serang-serang?

aku tak suke sangat member aku nie merajuk.. bab.. kalau dia merajuk.. cam ni la..
dia punya marah, muka dia.. memng sebijik sejibot dengan member aku tu.. nak aku pujuk? hahaha.. sorry laa member.. aku dah fed up dengan perangai ***** ko..

sorry ye.. minx maaf.. 

Hari-hariku tetap sunyi..

macam biasalah..sejak 2-3 minggu hari tu.. hidup aku dah start sunyi.. maklom lah.. si tersayang mana ade.. sekarang nie pun aku dah takde mood nak jumpe/berkawan/bercakap dengan mane-mane budak laki n aku tak rasa excited sikit pun kalau ade peluang nak jumpe si tersayang.. yelaa, dah biasa sunyi, so, tak heran sangat lah..

sekarang nie, aku cuba untuk ketepikan mane-mane yang berkaitan dengan si tersayang aku tu. yela, sorang 'MEMBER BAIK' aku laa kan.. kononnya, RAPAT lah dengan si tersayang aku tu, and dia paham perasaan si tersayang aku tu.. haha, nak jugak aku gelak kuat-kuat and katakan yang MEMBER BAIK aku tu BODOH!!!.. aku tak tau kenape angin aku lain macam sejak kebelakangan ni..

MEMBER BAIK aku tu, aku dapat rasakan yang dia tu pentingkan diri.. aku tak cakap la yang dia nak rampas si tersayang aku tapi cuma yang aku sakit ati kadang-kadang dia suka sangat amik perhatian .. humm.. aku tak tau kenapa aku boleh terfikirkan benda tu, mungkin disebabkan aku selalu nampak depe bersama kot? actually, mmg laa jelesz.. tapi, BODOH lahh kan kalau nak jeles lebih2..? pape pon diorang buat, AKU TAKKAN KESAH. bila aku AMIK KESAH, aku akn BODOH sebab benda nie mungkin jadi gadoh.. aku hanya buat-buat tak tau.. cam tiang.. dok diam jew.. takkan bagi respon pape.. itulah aku..

kadang-kadang, aku rasa tak adil.. dia dah SOUND aku supaya tidak akan masuk lagi campur urusan dia.. aku no hal.. tapi dia je lah.. tak paham-paham lagi syarat aku.. n tetap nak luahkan masalah dia kat si tersayang aku.. yela, sape la aku kan .. mane layak nak menagih simpati akt orang lain.. hummm.. lebih2 lagi kat si tersayang aku kan?.. tak mati pun !

sekarang, aku dah makin jauh dengan dia.. tapi, rasa sayang, cinta, suka, and rindu nie, tetap makin bertambah.. tak kesah lahh ape yang dia akan fikir, janji dia akan lupakan aku.. lagipun, dia bukannya nak amik tau pasal aku lagi dah.. so, elok jew aku dok diam2.. and takkan memberi apa-apa respon sekiranya ada perakara yang timbul tentang si tersayang aku tu..


bila aku tengok gambar nie, aku rasa rindu aku kat dia makin bertambah.. kadang-kadang rasa sedih laa jugak coz berjauhan dengan si tersayang.. tapi, apa boleh buat, aku takkan ganggu hidup dia.. ye laa kan.. menurut MEMBER BAIK aku tu.. dia menyatakan bahawa si tersayang aku akan biarkan aku, takkan kesah pasal aku, and mungkin akan lupakan aku.. peduli ape aku, lanx lah si tersayang aku tu nak buat ape.. MEMBER BAIK aku tu, sebok je..

semalam, aku bagitau sikit-sikit kat si tersayang aku melalui CHAT fb, basah keyborad aku.. hoho.. hati ni, memang sakit.. tapi sekarang, aku tak tau nak buat ape.. lepaskan dia pergi? biarkan dia? terus berbaik dengan dia? meluahkan apa yang perlu kepada dia? huummmm... tak mungkin.. aku akan bercakap dengan dia SEKIRANYA si tersayang aku menegur aku.. kalau dia tak tegur, tak cakap lah aku dengan dia..

sebenarnye, aku penat.. penat jaga hati orang, penat tunggu orang.. semuanya penat.. aku sunyi dia tak pernah ada.. so, lebih baik aku tetap terus begini supaya aku dapat biasakan diri aku.. tak kesah apa yang nak dikatakan oleh MEMBER BAIK aku tu.. asalkan hidup dia bahagia dengan Sham dia yang tercinta tu..

hummm....
mungkin,, aku akan tetap terus sunyi.. tiada sape yang sudi meneman aku even skali pon i tersayang aku.. SYABAS, dia dah lupakan aku.. :D.. aku hanya bergantung seorang diri je.. dulu, aku ada akak, tapi sekarang, akak kat maktab.. b pon dah jauh........



walau ape pun yang b pikir pasal ayx, yang ayx tau, ape yang b aggap tu.. adalah salah.. ayx cume jauhkan diri dari b.. supaya, ayx takkan berkongsi dengan sape2.. sebab tu, ayx xnak ganggu idop sape2.. idop b pon , ayx xnak kacau.. nnti b stress, or tensiOn.. b akn buat bnde yang ayx bnci.. ikot b la, b nak pke ape pon.. yang ayx tau, ati ayx dah takde sekarang, tak tau mne pegi.. ayx hrap, b tak perlu susah2kan diri nak pikirkan pasal ayx, bukan b dah cakap kew, b takkan amek kesah.. hummm ..

Tuesday, 21 June 2011

Benci Melukis !!

hari ni, kat sekolah.. masuk bengkel KH untuk buat projek kayu tu.. Cikgu Kh 2 Amanah, Cikgu Rohani binti Sarnua, memberikan sedikit penerangan untuk membuat projek kayu tu..
 first thing we must do is, MELUKIS.. argghhhh... aku benci melukis projek kayu.. aku tak reti lukis bagi PERFECT, SEMPURNA, CANTIK, KEMAS,.. aku bukannya nak jadi ARKITEK  pon.. hahaha.. tapi, disebabkan bende tersebut adalah perlu dalam peperiksaan PMR nanti, terpaksa lah aku buat dengan SECANTIK-CANTIKnya and SEKEMAS-KEMASnya, .. first aku lukis.. mmg buruk.. tak jadi.. aku padam.. aku buat balik..

projek yg aku pilih tu, yg MDF board waner merah tu.. nampak tak??


first lukisan, aku dak koyak.. sebabnye.. buruk sangat !

second lukisan, ni ha dia.. tak abeh lagi.. aku dah putus asa nak sambung buat lagi sebab dah tak larat..

Third Lukisan..
boley dikatekan siap..
tapi aku tak berpuas hati sebab cegu Rohani mesti nak border..so aku amek kertas lain n lukis buat kali keempat..


fourth lukisan,,
aku jamin ni lah lukisan terakhir aku.. aku dah tak larat nak buat bagi perfect and bagi cantik.. ni lah lukisan terakhir aku dan aku memilih yang ini.. aku harap cikgu Rohani suke..
hoho..

akhir daripada aku.. aku memang benci lukis lebih2 lagi petak2 nie.. hoho.. maklum la.. kat sekolah mane ade belajar seni.. bab kelas KAA.. tu pasal tak biase lukis.. hoho..

hope enjoy,

Saturday, 18 June 2011

hati ku terus menantikan kehadiranmu..

hari ini... dan hari yang sebelumnya.. diri ini bagaikan tiada maknanya lagi.. ketiadaan dia amat aku kesali.. aku memerlukan kehadiran dia supaya diri ini kembali bersinar semula.. hati ini akan tersenyum jika ruang ini di isi dengan dirinya.. sungguh ku katakan.. aku amat rindu padamu sayang.. <3 <3 <3

hummm..
aku pun tak duduk senang bila dah macam lost contact dengan si tersayang aku.. rindu gile kot kat dia.. boleh jadi gila aku nie.. haha.. tapi, aku still waras lagi.. gila pon, sebab rindukan si tersayang.. kalau tak rindu si tersayang.. takde maknanye aku nak jadi naikk gila..

kadang-kadang bila ingat balik punca si tersayang sentap dengan aku, rasa sedih gile2.. aku pun satu, bukannya nak control.. sekarang ni aku menyesal and nak try tegor dy.. tapi, ada satu perasaan takut dalam hati ni.. dalam kepale otak nie.. dalam fikiran nie.. aku berani depan semua orang tapi bila berhadapan dengan si tersayang aku, aku jadi malu, takut, segan.. semuanya lah.. walaupun dah beberapa kali aku cuba memujuk hati aku ni untuk pergi berjumpa dan meminta maaf dengan dia, hampehh! .. aku tetap takut.. hoho..

kini, aku hanya bersabar dan terus berharap agar dia datang semula untuk menyinari kembali diri ini.. aku tau, mungkin ini tidak adil bagi dirinya, tapi... apa yang mampu aku buat hanyalah tetap terus menunggu dan menunggu...